Sentiasa ingat untuk memastikan eWallet anda terpaut pada peranti untuk keselamatan yang lebih baik!
Kenapa anda perlu pautkan peranti anda?
- Pautan peranti memastikan aplikasi mudah alih anda hanya boleh diakses dari satu peranti yang didaftarkan dan dibenarkan. Ini melindungi anda daripada penipuan dan risiko akses tanpa kebenaran ke eWallet anda!
Ikuti langkah-langkah mudah di dalam video apabila anda ingin menukar dari peranti lama ke peranti baru di lain hari.
Peringatan: Demi menjaga keselamatan anda, hanya SATU pertukaran peranti dibenarkan dalam tempoh satu bulan.
|